INFO
Pusat Pengurusan Penyelidikan (Research Management Centre) berperanan sebagai nadi utama dalam merancang, menyelaras dan memantau semua aktiviti penyelidikan di universiti. Unit ini memastikan setiap penyelidikan dijalankan mengikut dasar, etika, dan piawaian kebangsaan serta antarabangsa. Selain itu, RMC turut menyediakan khidmat sokongan dalam permohonan geran penyelidikan, pengurusan projek, pemantauan laporan kemajuan, dan pengurusan hasil penyelidikan agar selari dengan visi universiti untuk menjadi institusi berimpak tinggi.
Objektif
1. Menyelaraskan semua aktiviti penyelidikan selaras dengan dasar universiti dan keperluan agensi pembiayaan.
2. Meningkatkan keupayaan dan kompetensi penyelidik melalui latihan, bimbingan dan pembangunan kapasiti.
3. Memastikan pemantauan dan pelaporan penyelidikan dijalankan secara sistematik, telus dan berkesan.
4. Menggalakkan penghasilan penyelidikan yang inovatif dan berimpak tinggi kepada pembangunan komuniti serta industri.
5. Membina jaringan kerjasama strategik dengan institusi tempatan dan antarabangsa bagi memperkukuh ekosistem penyelidikan universiti.
Misi
Mengurus dan menyokong aktiviti penyelidikan secara strategik, profesional dan berintegriti bagi memperkukuh budaya penyelidikan yang cemerlang serta menyumbang kepada kemajuan ilmu dan masyarakat.
Visi
Menjadi pusat pengurusan penyelidikan yang unggul dan berdaya saing dalam memperkasa penyelidikan berimpak tinggi di peringkat nasional dan global.