Bahagian Penyelidikan, Inovasi dan Penerbitan (BPIP) berperanan sebagai teras utama dalam memperkasa budaya ilmu dan menyokong agenda universiti ke arah kecemerlangan akademik dan penyelidikan. Bahagian ini bertanggungjawab mengurus, menyelaras dan memantau aktiviti penyelidikan, inovasi dan penerbitan ilmiah dalam kalangan pensyarah, penyelidik dan pelajar pascasiswazah. Selain itu, bahagian ini juga berfungsi sebagai pusat sokongan kepada komuniti penyelidik dalam pembangunan idea, pengurusan geran, perlindungan harta intelek, dan penerbitan hasil penyelidikan dalam jurnal berindeks. Melalui pendekatan strategik dan kolaboratif, BPIP beriltizam untuk menjadi pemangkin utama dalam melahirkan penyelidikan berimpak tinggi yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat, industri dan negara.