Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA)
Instrumen MyRA ® diperkenalkan oleh KPT untuk mengukur hasil daripada aktiviti penyelidikan, penerbitan,perundingan dan inovasi penyelidikan Universiti Islam Melaka untuk mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan.
Kriteria yang diukur dalam penilaian MyRA ® adalah:
1. Kualiti dan Kuantiti Penyelidik
2. Kualiti dan Kuantiti Penyelidikan
3. Kualiti dan Kuantiti Pasca Siswazah
4. Inovasi
5. Perkhidmatan Profesional dan Hadiah
6. Jaringan dan Jangkauan
7. Kemudahan Sokongan
BPIP menguruskan pengumpulan dan pembuktian data MyRA ® dengan kerjasama daripada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ). BPIP sentiasa menjaga dan memantau melalui sistem pengurusan penyelidikan untuk PTJ memantau pencapaian MyRA ® dan bertindak memastikan strategi dan pelan tindakan dapat dilakukan untuk meningkatkan prestasi kecemerlangan penarafan MyRA ® .